Monday 9 October 2017

BIJI BENIH TANGAN HIJAU


Biji Benih yang di order dah ada di tangan. 28 jenis semuanya....huhuuuu jenuh nak cari tanah nih...Untuk yang minat menanam dan ingin membeli pelbagai biji benih bolehlah intai FB BIJI BENIH TANGAN HIJAU. Semua benih beharga RM2 sepeket + kos poslaju RM7.

Benih kacang botor, bendi panjang, terung ungu, timun mini, kacang buncis kuning, kacang buncis hijau, kacang buncis ungu dan asparagus.

Biji benih bayam merah, daun ketumbar, kailan jepun, daun sup, kailan hong kong dan ruby pak choy,

Biji benih capsicum oren, capsicum hijau,capsicum merah, capsicum kuning, tomato pink king, tomato golden balcony, edamame (2 packs)

Ini pula biji benih buah-buahan...Gojiberry, strawberry spinach dan betik sekaki.

Benih bunga matahari, cosmos dazzler red, cosmos candy stripe, cosmos shells mixed dan Mexican giant sunflower.

Free gift dari Biji Benih tangan hijau: Ya Allah Alhamduliallah 3 jenis benih untuk freegift. Sukanyaaaaa...Tq Pn. Ainon

Saturday 6 May 2017

Kos Berkebun


Free gift...happy  ;-)




Tanah Merah Bakar 12 packs RM20 
Tanah hitam RM1.90 x 10 packs RM19
Tanah Organik 28L RM11
Pokok Mandevilla Putih RM15
Pokok Mandevilla Merah RM15
Pokok Air Mata Pengantin RM15 x 2 RM30
Pokok Alamanda kuning menjalar RM10
TOTAL                                                    RM120






Friday 28 April 2017

BUNGA RAYA PURPLE 2 LAPIS


Pokok Bunga Raya Singapore kata penjual di nursery bukit kuda. Masa beli pokok belum berbunga. Bila dia kata bunga raya ni warna purple terus nak beli. Ni dapat tengok bunganya kembang, wow cantik bunga raya purple dua lapis.



Harga RM12 sepokok masa beli aritu. Bena putih suka sangat menumpang kat pokok ni. cepat je datang semula selepas sembur racun...minat betul dia.


Thursday 27 April 2017

BAJA AB DAN BROGARD LISA DALAM KEBUN ADA TAMAN



Baja AB dan racun Brogard yang di beli dari Puan Lisa FB dalam Kebun Ada Taman telah sampai pd 18 april 2017. Ada free gift biji kangkung. Thanks a lot ye Lisa. Kos Baja AB dan Brogard RM60 termasuk postage. Jika ada yang berminat bole contact puan Lisa di Fb Dalam Kebun Ada Taman.

Wednesday 19 April 2017

Sungai Buloh Syurga Peminat Pokok


Hasil tinjauan bersama hero cilik ke Nursery Sungai Buloh pada cuti sekolah bulan Mac yang lalu. Memang penuh si hijau miniku dengan pokok-pokok dan batu-batu kebun.





Harga Pokok di Nursery Sungai Buloh

4 pokok bunga kertas RM27.50
     *Pokok Bunga Kertas mix 2 colour pink and putih RM7
     *Pokok Bunga Kertas daun batik orkid pink RM7
     *Pokok Bunga Kertas daun batik orange merah RM7
     *Pokok Bunga Kertas kawin purple maroon+ orange RM6.50
5 pokok bunga raya  RM64
     *Pokok Bunga Raya Merah RM14
     *Pokok Bunga Raya Merah berlapis RM10
     *Pokok Bunga Raya orange stripes RM14
     *Pokok Bunga Raya Pink putih RM14
     *Pokok Bunga Raya purple berlapis RM12
2 Pokok tokeng RM20
3 bag batu putih RM12 x 3 = RM36
5 stepstones corak kayu RM17 x 5 = RM85
10 small stepsons RM5 x 10 = RM50
6 pokok kaktus mini  RM20

JUMLAH RM302.50

Tuesday 14 March 2017

POKOK BUNGA RAYA PINK BERLAPIS


Habis keje ptg tadi sempat singgah nursery pokok di Bukit Kuda. Dapat 2 pokok bunga raya kuning besar RM10 dan bunga raya pink berlapis RM15 serta 3 biji pasu warna biru dengan harga RM7 sebiji. Total RM45. Cash ada RM30 hutang lagi RM15. Dah kenal punya pasal, percaya je bagi hutang. Esok on the way balik meeting kena singgah bayar hutang pulak. Errmmmm silap-silap sangkut pulak pokok lain.

Wednesday 8 March 2017

BUAH TOMATO DARI TAMAN KEBUN MINI



Ada beberapa pokok tomato dalam pasu di taman kebun mini E-na yang sedang mengeluarkan hasil dan sudah mula dipetik beberapa minggu lepas. Hari ini baru sempat snap sekeping gmbr buah tomato untuk di abadikan dalam alam maya.




Tuesday 7 March 2017

BILA BOLEH ALIHKAN ANAK POKOK SEMAIAN


Pagi tadi ada masa 30 minit sahaja untuk pindahkan anak pokok kacang botor yang di semai 2 minggu lepas. Separuh dah alih sabtu lepas, terpaksa stop coz x cukup tanah hitam.

Dengan pantas siap gaul 9 beg tanah dan transfer 6 anak pokok kacang botor ke dalam polibag in 30 minutes. 

Senang hati bila anak pokok sudah dialihkan. Biar cepat membesar dan berbuah lebat ye.. Nampak sedikit perbezaan anak pokok yg dh 3 hari dialihkan. 

Monday 6 March 2017

Beli Baja Seguni


Kat mana nak cari baja yang jual seguni? sekarang pokok-pokok dah makin bertambah, penggunaan baja semakin banyak. Rasanya sudah sampai masa untuk beli baja seguni. Baru berbaloi. Tapi tak tau nak beli kat mana...td beli baja pokok, buah dan bunga 2kg rm18 each...ok misi lepas ni mencari baja yang jual berguni....errmm kena survey dulu baja jenis apa yg sesuai...tempat nak simpan pun kena fikir gak tu :p

Saturday 4 March 2017

Benih Kacang Botor & Terung Panjang


Biji benih Baba beli di Tesco Shah Alam. Benih Kacang botor@ kacang kelisa dan biji benih terung panjang. Benih disemai pada ahad 19 feb 2017.
Hari ini 4 Mac 2017 anak pokok kacang botor dan terung panjang berusia 13 hari. Elok dan menjadi benih BABA ni. Recommended untuk yang berminat mencari benih-benih pokok.

Wednesday 25 January 2017

BUNGA KERTAS ORKID


New member in my mini garden...bunga orchid bougainvillea or bunga kertas orchid. Beli warna oren dan peach. RM7 sepokok.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...